Wednesday, August 25, 2010

Kebaikan Sukan


Sukan harus menjadi subjek wajib di sekolah. Pelajar hari ini mempunyai gaya hidup yang tidak menentu. Mereka menghabiskan kebanyakan masa mereka di dalam kelas dan rumah. Tekanan mereka semakin meningkat akibat ujian yang diberi oleh guru dan harapan yang tinggi daripada ibu bapa mereka. Justeru, Kementerian Pendidikan harus menetapkan sukan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. Dengan itu, pelajar boleh meluangkan masa untuk mengadakan aktiviti sukan di padang dan luar dari kelas agar dapat menjamin kesihatan mereka.
Selain itu, sukan juga sangat penting bagi kesihatan kita. Bersukan boleh menguatkan otot dan tulang kita serta membolehkan jantung dan paru-paru berfungsi dengan lebih baik. Bersukan juga meningkatkan peredaran darah. Pada masa yang sama, tubuh boleh mengeluarkan karbon dioksida yang berbahaya dengan lancar. Oleh itu, kita dapat dicegah penyakit seperti SARS, flu burung dan sebagainya.
Tambahan pula, sukan dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan. Kini, jumlah orang yang menghadapi tekanan semakin meningkat. Aktiviti sukan membolehkan seseorang memperoleh tidur yang lebih lena. Seseorang akan bersemangat sekiranya dapat tidur dengan baik. Pemikiran akan menjadi tenang dan segar sekiranya dapat tidur dengan lena.
Sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat menggunakan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Mereka tidak akan menghabiskan berjam-jam untuk menonton program TV, bermain permainan komputer dan bergosip melalui telefon dengan rakan-rakan mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka menjalankan aktiviti sukan, mereka akan menghabiskan masa lebih bermanfaat dengan melakukan latihan sukan di taman atau gym dengan rakan-rakan mereka. Sebuah badan yang sihat membawa kepada fikiran yang sihat. Sukan juga boleh mengelakkan remaja daripada melepak di kompleks membeli-belah tanpa tujuan.
Di samping itu, pelajar-pelajar yang mempunyai bakat luar biasa dalam sukan akan mewakili sekolah mereka di peringkat dalam negara atau antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam sukan dan seterusnya boleh mengharumkan nama baik sekolah dan negara. Baru-baru ini, pemain skuasy negara kita, Nicole David telah membuat semua bangga dengan menjadikan Malaysia sebagai Juara Dunia Wanita di skuasy.
Kesimpulannya, saya bersetuju bahawa sukan adalah baik untuk pelajar dan harus menjadi subjek wajib di sekolah. Manfaat latihan adalah tidak terbatas. Orang yang melakukan latihan sukan akan memiliki kesihatan yang lebih baik daripada orang yang kurang bersukan. Jadi, apa yang anda tunggu? Marilah kita bersukan mulai hari ini!

No comments:

Post a Comment